Watak Bocchi the Rock!

Kessoku Band

Kessoku Band (結束バンド, Kessoku Bando, lit. "pengikat kabel") adalah band tumpuan dalam siri ini, berpengkalan di STARRY, sebuah tempat gig di Shimokitazawa. Nama keluarga setia ahlinya diilhamkan daripada band J-Rock, Asian Kung-Fu Generation, dengan alat muzik dimainkan turut berpadanan (contoh, Yamada dalam kedua-dua band bermain gitar bass).[1]

Hitori Gotō (後藤 ひとり, Gotō Hitori) / Bocchi (ぼっち)Disuarakan oleh: Yoshino Aoyama[2]Protagonis dan pemain gitar utama Kessoku Band. Introvert kronik yang bermasalah dalam kebanyakan kes interaksinya. Dia belajar bermain gitar ketika usia mudanya, dengan harapan dia akan mendapat kawan. Walaupun muncul handal dalam aksi gitarnya untuk peminat dalam talian (dibawah nama "guitarhero"), dia masih sukar berbuat kawan di alam nyata, sehingga dia ditarik masuk untuk bermain bersama Kessoku Band. Sejak itu, Hitori mula keluar dari sarangnya, memperoleh beberapa kawan dan belajar lebih lagi untuk berhubungan dengan orang lain.Nijika Ijichi (伊地知 虹夏, Ijichi Nijika)Disuarakan oleh: Sayumi Suzushiro[3]Pemain dram Kessoku Band dan pengasasnya. Kakaknya, Seika, mengendalikan ruang gig tempat mereka bermain. Nijika sangat mengikuti Seika sejak mereka hilang ibu ketika mereka kecil dan ayahnya melarikan diri.Ryō Yamada (山田 リョウ, Yamada Ryō)Disuarakan oleh: Saku Mizuno[4]Pemain gitar bass Kessoku Band yang sering berperilaku tenang dan tampak androgini, sehingga menawan hati gadis lain (termasuk Ikuyo) tanpa sengaja. Seringkali memborosi wang saku keluarganya untuk alat muzik baru, dia mendakwa hidupnya hanya dapat berbekalkan rumput dan daun sahaja. Setelah keluar dari band lamanya akibat perbezaan haluan, Ryo diajak Nijika untuk menyertainya menubuhkan band baru.Ikuyo Kita (喜多 郁代, Kita Ikuyo)Disuarakan oleh: Ikumi Hasegawa[5]Vokalis dan pemain gitar Kessoku Band, ekstrovert riang yang bertentangan dengan Hitori. Asalnya dia menyertai Kessoku Band untuk lebih dekat dengan Ryo, namun setelah menipu mengenai kebolehannya bermain gitar, dia melarikan diri. Dengan bantuan Hitori, dia dapat menjadi pemain gitar yang baik.

SICK HACK

SICK HACK ialah kumpulan rock psychedelic, berpangkalan di FOLT, sebuah rumah gig di Shinjuku. Ahli-ahlinya berkongsi nama keluarga mereka dengan nama ahli dari kumpulan nyata 88Kasyo Junrei .

Kikuri Hiroi (廣井 きくり, Hiroi Kikuri)Disuarakan oleh: Sayaka SenbongiVoklais dan pemain bass SICK HACK. Kaki arak yang memboroskan duitnya semata-mata untuk arak, khususnya sake kotak Onikoroshi, dan menamakan gitarnya "Shuten-Douji EX."Eliza Shimizu (清水 イライザ, Shimizu Iraiza)Disuarakan oleh: Sally Amaki[6]Pemain gitar SICK HACK.Shima Iwashita (岩下 志麻, Iwashita Shima)Disuarakan oleh: Maki Kawase[7]Pemain dram SICK HACK.

SIDEROS

SIDEROS ialah sebuah band metal, berpangkalan di FOLT, sebuah rumah gig di Shinjuku. Ahlinya berkongsi nama keluarga mereka dengan nama keluarga ahli-ahli kumpulan Kinniku Shōjo Tai .

Yoyoko Ōtsuki (大槻 ヨヨコ, Ōtsuki Yoyoko)Vokalis dan gitaris SIDEROS.Akubi Hasegawa (長谷川 あくび, Hasegawa Akubi)Pemain dram SIDEROS.Fūko Honjō (本城 楓子, Honjō Fūko)Gitaris SIDEROS.Yuyu Uchida (内田 幽々, Uchida Yuyu)Pemain bass SIDEROS.

Watak berkait muzik

Seika Ijichi (伊地知 星歌, Ijichi Seika)Disuarakan oleh: Maaya Uchida[8]Kakak Nijika dan pengurus STARRY.PA-san (PAさん, PA-san)Disuarakan oleh: Kotori Koiwai[9]Jurutera bunyi dan siaraya STARRY.Ginjirō Yoshida (吉田 銀次郎, Yoshida Ginjirō)Pengurus FOLT.Poison Yami (ぽいずん♡やみ, Poizun Yami)Penulis bebas yang menulis di laman-laman muzikMiyako Shiba (司馬 都, Shiba Miyako)Pengurus Stray Beat, sebuah label rekod. Dia ditugaskan bagi mengurus Kessoku Band.

Watak sokongan

Keluarga Gotō

Michiyo Gotō (後藤 美智代, Gotō Michiyo)Disuarakan oleh: Rie Suegara[10]Ibu Hitori.Naoki Gotō (後藤 直樹, Gotō Naoki)Disuarakan oleh: Junji Majima[11]Ayah Hitori.Futari Gotō (後藤 ふたり, Gotō Futari)Disuarakan oleh: Misaki Watada [ja][12]Adik perempuan Hitori.JimiHen (ジミヘン, JimiHen)Disuarakan oleh: Kotori Koiwai[13]Anjing peliharaan keluarga Gotoh.

Rujukan

WikiPedia: Bocchi the Rock! http://houbunsha.co.jp/comics/detail.php?p=%A4%DC%... https://www.animenewsnetwork.com/interest/2019-08-... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-02-18/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-12-17/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-01-17/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-02-18/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-03-19/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-09-14/b... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-09-21/c... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-09-26/a...